Pendahuluan
Bidang
komunikasi mula dianggap penting apabila ianya menjadi tumpuan pada abad ke-20.
Terdapat dua aspek utama yang dilihat secara tidak langsung telah meletakkan
bidang ini sebagai satu bidang pengajian yang baru. Aspek pertama ialah perkembangan
dari beberapa sudut atau perkara seperti teknologi komunikasi, perindustrian
dan politik dunia. Teknologi komunikasi contohnya radio, televisyen, telefon,
setelit, rangkaian komputer telah membuahkan idea untuk mengetahui apakah kesan
perkembangan teknologi komunikasi terhadap individu, masyarakat dan penduduk
disesebuah negara. Perkembangan politik dunia, memperlihatkah bagaimanakah
kesan ucapan-ucapan politik terhadap publik amnya sehingga menimbulkan
propadanda dan pendapat umum.
Seterusnya
perkembangan perindustrian seperti perkilangan dan perkapalan menuntut betapa
perlunya komunikasi yang berkesan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti
bagi mencapai maksud atau misi organisasi tersebut. Aspek kedua ialah dari
sudut kajian di mana para sarjana dan penyelidik mula menaruh minat untuk
mengkaji bidang-bidang yang berkaitan dengan komunikasi seperti mereka yang
dari bidang psikologi sosial mengkaji penggunaan teknologi baru terhadap kesan
tayangan wayang gambar kepada kanak-kanak, propaganda dan pembujukan dan
dinamik kelompok. Kajian ke atas politik dunia seperti menganalisa propaganda
Nazi yang mampu mempengaruhi pendengar sehingga mereka patuh dan bersatu.
Seterusnya
kajian awal penyelidik ke atas perindustrian yang pada separuh pertama abad
ke-20 tertumpu kepada memenuhi keinginan sektor pemasaran untuk mengetahui
komunikasi dengan lebih dekat setelah pengiklanan menampakkan
kepentingannya.Oleh itu, bidang komunikasi mengorak langkah dan maju kehadapan
setelah berlakunya pengembangan dari sudut teknologi komunikasi, perindustrian
dan politik dunia serta kajian-kajian terhadapnya dilakukan. Sehingga bidang
komunikasi menjadi bidang pengajian yang baru dan mula diminati ramai. Namun,
bidang yang menjadi asas kepada bidang komunikasi ialah bidang-bidang sains
sosial seperti sosiologi, pendidikan, psikologi sosial, pengurusan, antropologi
dan psikologi.
Jenis – jenis komunikasi
Terdapat
dua jenis komunikasi iaitu komunikasi intrapersonal dan komunikasi
interpersonal. Kedua –dua jenis komunikasi ini mempunyai sifat dan ciri yang
dengan jelas membedakan
bentuk komunikasi yang berlaku. Komunikasi intrapersonal adalah komunikasi yang
berlaku di dalam diri seseorang. Komunikasi ini dibentuk di dalam diri
seseorang dalam proses untuk menyampaikan maklumat. Menurut Capstone
(2001)maklumat yang dibentuk dalam diri seseorang melalui komunikasi intrapersonal
terbahagi kepada dua iaitu maklumat yang disampaikan secara lisan dan maklumat
yang disampaikan secara tidak lisan. Contoh komunikasi secara tidak lisan ialah
keadaan muka, nada suara dan sentuhan tangan. Manakala komunikasi secara
terbahagi kepada tiga iaitu sintatik, semantik dan pragmatik. Sintatik
komunukasi yang dibentuk oleh perhubungan di antara perkataan, semantik pula
ialah hubungan di antara perkataan dengan objek yang diwakili oleh perkataan
manakala pragmatik pula perhubungan di antara perkataan dan tingkahlaku.
Sebagai penyampai maklumat dalam proses komunikasi maklumat akan diurus dalam
bentuk lisan dan tidak lisan dalam membentuk makna pada kontek yang ada.
Sebagai contoh komunikasi intrapersonal ialah reaksi muka seseorang terhadap
tingkahlaku orang lain.
Manakala
komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang melibatkan proses interaksi di
antara dua orang samada dalam bentuk bersemuka atau dalam bentuk meditasi.
Menurut Capstone (2001) komunikasi interpersonal wujud dalam empat perspektif
iaitu komunikasi hubungan, komunikasi kontek, komunikasi kuantitatif dan
komunikasi strategi. Dalam komunikasi hubungan, penghantar dan penerima
maklumat bekerjasama serentak dalam membentuk kefahaman komunikasi. Manakala
dalam komunikasi kontek perhubungan yang berlaku di antara dua orangberlaku dalam situasi yang tertentu.
Dalam komunikasi kuantitatif pula wujud perhubungan
yang akrab dalam proses komunikasi seterusnya dalam komunikasi strategi komunikasi wujud dalam proses untuk mencapai
objektif interpersonal.
Teori
Komunikasi
Teori adalah merupakan satu pandangan dan strategi yang akan
membentuk hala tuju dan rangka kerja untuk sesuatu perkara yang hendak
dilaksanakan. Dalam proses komunikasi teori akan membina bentuk dan kaedah
komunikasi yang hendak dibuat. Melalui penulisan ini pembentangan akan dibuat
terhadap beberapa teori penting berkenaan komunikasi. Di antara beberapa teori
yang akan dijelaskan adalah seperti di bawah :
a)
Teori Penyebaran
Teori ini mempunyai hubungan yang kuat dengan inovasi di dalam
teknologi pendidikan. Apabila sesuatu
komuniti masyarakat telah dapat menerima sesuatu inovasi yang baru maka perlulah ada jalan dimana
inovasi itu tadi akan dapat disalurkan
kepada masyarakat. Teori ini secara umumnya menekankan proses penyebaran maklumat setelah
berlaku inovasi di dalam teknologi pendidikan. Menurut Rogers (1995)
ada empat faktor utama yang mempengaruhi proses penyebaran iaitu inovasi itu
sendiri, bagaimana untuk menyebarkan maklumat tentang inovasi yang telah
dibuat, masa penyebaran dan struktur masyarakat di mana inovasi itu disebarkan.
Manakala Schiffman (1991) menyatakan guru
yang
memahami proses
inovasi dan teori penyebaran inovasi dan dapat bekerja dengan lebih berkesan
kepada pelajar mereka . Faktor paling dalam proses untuk memahami teori ini ialah ianya tidak dibina sebagai satu teori tetapi
adalah merupakan satu teori yang
komprehensif dan merupakan gabunga dari berbagai disiplin yang memberikan pengkhususan kepada elemen
yang berbeza di dalam proses
inovasi.
Rogers (1995) ada menyatakan teori
penyebaran ini adalah merupakan
gabungan
daripada empat elemen penting iaitu proses membuat keputusan, proses
inovasi
individu, kadar penerimaan dan penerimaan keaslian.
b)
Teori struktur Penyesuaian
Teori dibentuk berdasarkan kepada
penyesuaian berkomunikasi di dalam sesuatu kumpulan.Poole
et al.(1986) menyatakan teori ini dibentuk berdasarkan kepada struktur penyesuaian maklumat yang
berkomunikasi di dalam sesuatu kumpulan. Poole et
al. (1986) juga menyatakan teori ini akan memudahkan penyesuaian komunikasi di dalam satu kumpulan
yang berkomunikasi untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Teori ini bergantung kepada kebenaran dalam proses komunikasi dan berpandukan kepada garis panduan yang telah ditetapkan.
Semasa proses
komunikasi
peraturan akan ditetapkan untuk memudahkan proses penyesuaian. Fokus utama semasa proses komunikasi ialah maklumat yang
berdasarkan fakta dan
boleh
berubah berdasarkan keadaan yang sesuai. Walaubagaimanapun
semasa proses komunikasi setiap kumpulan tidak perlu terlalu berpegang kepada peraturan yang telah ditetapkan.
Pengubahsuaian
terhadap
peraturan boleh dibuat semasa proses komunikasi bagi memastikan matlamat perbincangan tercapai.
c)
Teori
Tipu Helah Peribadi
Menurut Buller
et al. (1996) teori ini berdasarkan kepada manipulasi maklumat oleh penyampai semasa proses komunikasi
di mana penyampai khuatir terhadap pemalsuan maklumat yang telah dibuat akan dapat dikesan.Buller
et al. (1996)juga menyatakan ini aka menyebabkan penerima maklumat akan cuba
memastikan setiap
maklumat
yang diterima adalah sahih dan tidak akan terdapat pemalsuan maklumat oleh penyampai. Menurut Buller
et al. (1996) terdapat tiga aspek
penting untuk maklumat
yang biasanya dipalsukan iaitu pada kebiasaannya maklumat yang biasanya dipalsukan ialah maklumat
yang dibina komunikasinya secara lisan. Selainldari
itu maklumat tambahan semasa proses komunikasi samada secara lisan atau tidak
akan mendedahkan kebenaran sesuatu maklumat.Buller et
al. (1996) seterusnya menjelaskan tingkah laku
yang meragukan semasa proses penyampaian maklumat boleh mendedahkan secara tidak langsung proses
pemalsuan maklumat. Seterusnya
teori ini juga dapat membantu penerima maklumat mengenalpasti maklumat yang sahih dan dapat membantu penerima maklumat
mengenalpasti ciri –
ciri
maklumat yang telah dipalsukan. Melalui tingkahlaku seseorang semasa proses komunikasi samada secara lisan atau tidak akan dapat
membantu untuk
mengesahkan
setiap maklumat yang diterima oleh si penerima maklumat.
d)
Teori
Persamaan Media
Melalui teori ini Reeves
et al. (1996) ada menjelaskan bagaimana andaian boleh dibuat terhadap tindakbalas secara
tidak sedar ke atas media komunikasi dengan menjadikannya seperti manusia yang sebenar. Teori ini juga melihat komunikasi interpersonal yang berlaku di
antara media dan seseorang individu. Kita berkomunikasi dengan komputer dengan
teknik dan pendekatan yang sama apabila kita berkomunikasi dengan seseorang. Secara tidak disedari
kita berkomunikasi dalam keadaan di mana komputer dianggap seperti manusia
biasa. Menurut Reeveset
al. (1996) teori ini membentuk satu fenomena baru dalam komunikasi interpersonal.
Menurut Griffin (2000) terdapat beberapa ciri
penting di dalam cara berkomunikasi dengan menggunakan pendekatan teori ini yaitu :
a) Mereka yang berkomunikasi dengan media akan
menganggapnya sebagai manusia
biasa.
b) Satu bentuk komunikasi yang mudah untuk dipahami
c) Secara umum adalah konsisten dari sudut statistik
d) Boleh menyusun pengetahuan tentang tingkah laku
pemerhati.
e)
Teori
Konstruktivism
Teori ini
berdasarkan kepada pendapat Jesse Delia
dan dibina pada tahun 1982. Menurut Delia
(1982) konstruktivism menekankan kepada perubahan yang berlaku semasa proses komunikasi. Bagi mengukur dan memerhatikan
perubahan adalah merupakan satu tugas yang sukar. Delia (1982) juga berpendapat mereka
yang berjaya untuk mengubah bentuk komunikasi mereka pada
situasi yang berbeza akan
menjadi lebih berjaya dalam
proses komunikasi. Untuk penjelasan yang lebih lanjut tentang
teori ini Griffin (2000) menyatakan
teori ini berdasarkan kepada seseorang
yang mempunyai kesedaran yang
komplek di dalam persepsinya terhadap orang lain dan
akan mempunyai keupayaan yang lebih baik di dalam komunikasi yang canggih untuk
mengeluarkan hasil yang positif dari komunikasi tersebut. Mereka juga akan berupaya
untuk merekabentuk logik maklumat yang retorik yang akan menjadikan seseorang
itu sebagai pusat maklumat dalam proses komunikasi dan seterusnya mencapai
matlamat komunikasi yang besar. Pendekatan komunikasi dengan teori ini akan
menyebabkan seseorang itu akan lebih berjaya dalam komunikasi interpersonal dalam
rangka untuk mencapai matlamatnya.
f)
Teori Komunikasi Kecakapan
Spitzberg
et al. (1984) menjelaskan teori ini menyediakan keupayaan untuk memilih tingkahlaku yang sesuai dan berkesan
pada situasi yang diberi dalam proses komunikasi.
Kecekapan interpersonal memberi peluang kepada seseorang untuk mencapai matlamat komunikasi tanpa melukakan perasaan
pasangan yang terlibat
dalam
proses komunikasi tersebut. Menurut Spitzberg
et al. (1984) terdapat tiga komponen
utama di dalam proses komunikasi yang berdasarkan teori ini iaitu pengetahuan, kemahiran dan motivasi.
Pengetahuan menjurus kepada keupayaan untuk mengetahui tingkahlaku yang paling
sesuai semasa proses komunikasi dalam situasi yang diberi. Manakala kemahiran pula ialah keupayaan
untuk menggunakan tingkahlaku yang sesuai semasa proses komunikasi. Seterusnya
motivasi ialah mempunyai keinginan untuk berkomunikasi secara bersaing.
KESIMPULAN
Perkembangan
bidang komunikasi dunia terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropa adalah
berdasarkan kepada beberapa aspek. Secara am ianya merangkumi Eropa adalah
berdasarkan kepada beberapa aspek. Secara am ianya merangkumi perkembangan
teknologi komunikasi, perindustrian dan politik dunia serta minat para perkembangan
teknologi komunikasi, perindustrian dan politik dunia serta minat para
penyelidik di dalam mengkaji bidang komuniksi dengan lebih spesifik lagi.
penyelidik di dalam mengkaji bidang komuniksi dengan lebih spesifik lagi.
Kepelbagaian
teori komunikasi mendefinasikan komunikasi sebagai sesuatu yang kepelbagaian
teori komunikasi mendefinasikan komunikasi sebagai sesuatu yang komplek dan
tidak ada satu teori komunikasi yang terbaik yang dapat menerangkan komplek dan
tidak ada satu teori komunikasi yang terbaik yang dapat menerangkan fenomena
komunikasi dengan tepat. Kajian yang lebih terperinci perlu dibuat oleh fenomena
komunikasi dengan tepat. Kajian yang lebih terperinci perlu dibuat oleh
pengkaji dalam proses untuk menentukan teori komunikasi yang sesuai yang dapat
pengkaji dalam proses untuk menentukan teori komunikasi yang sesuai yang dapat digunakan
semasa berkomunikasi. Digunakan semasa
berkomunikasi.
DAFTAR PUSTAKA
a) Buller, D.B.
& Burgoon, J.K. 1996. Interpersonal deception theory. Communication Theory,6
b) Delia,J.O’Keefe,
B. & O’Keefe, D. 1982. The constructivist approach to The constructivist
approach to communication. Human communication theory. New York : Harper and
Row.
c) Griffin, E.
(2000). A first look at communication theory. Boston : Mc Graw – Hill. Boston : Mc Graw – Hill.
d) Poole,M.S.Seibold, D.R. & McPhee, R.D. 1986. A
structurational approach to theory- building in group decision – making
research. Dlm. R.Y. Hirokawa & M.S.Poole (pnyt). Communication and group
decision making . Beverly Hills : Sage
e) Rogers, E. M. (1995). Diffusion of innovations. Ed. ke-4. New York : The Free Press. Reeves,B. & Nass,C. 1996. The media equation : How people treat computers. Television and new media like real people and
places. New York : Cambridge University Press.
f)
Schiffman, S. S. 1991. Instructional
systems design: Five views of the field. In G. J. Anglin (Ed.), Instructional
technology: Past, present, and future. Englewood, CO : Libraries Unlimited
g) Spitzberg,B.H. & Cupach, W.R.1984.Interpersonal
Communication competence.Beverly Hills, California : sage
h)
Theory
Workbook. 2001. Persuasion context. (atas talian)
http://www.uky.edu/~drlane/capstone/persuasion/ (28 Jun 2001).
i)
Theory Workbook.2001.Adaptive structuration.(atas talian)
http://www.uky.edu/~drlane/capstone/group/adaptstr.html
(28 Jun 2001).
j)
Theory
Workbook.2001.Interpersonal deception. (atas talian)
http://www.uky.edu/~drlane/capstone/interpersonal/deception.html
(28 Jun 2001).
k)
Theory Workbook.2001.Media equation.(atas talian)
http://www.uky.edu/~drlane/capstone/mass/equation.htm
(28 Jun 2001).
l)
Theory Workbook.2001.Costructivism.(atas talian)
http://www.uky.edu/~drlane/capstone/interpersonal/construct.html
(28 Jun 2001).
m)
Theory Workbook.2001.Communication competence.(atas talian)
http://www.uky.edu/~drlane/capstone/interpersonal/competence.htm
(28 Jun 2001).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar